Boleh ke daftar kalau saya guna kereta atas nama orang lain?
Boleh! Asalkan anda ada kebenaran bertulis atau surat kuasa daripada pemilik kenderaan, dan nama anda disenaraikan dalam insurans kenderaan tersebut.
Pastikan semua dokumen berkaitan dimuat naik semasa pendaftaran.
Perlu tak saya ada pengalaman memandu e-hailing sebelum daftar?
Tak perlu pengalaman pun!
Asalkan anda mempunyai lesen penuh (bukan P) dan memenuhi syarat kelayakan Grab, anda boleh terus daftar dan belajar melalui latihan yang disediakan.
Kalau saya pernah digantung akaun sebelum ni, boleh daftar semula?
Anda masih boleh cuba daftar semula, tetapi akaun akan disemak oleh pihak Grab terlebih dahulu.
Keputusan bergantung kepada sebab penggantungan sebelum ini dan dasar semasa Grab.
Boleh ke saya guna satu akaun untuk GrabCar dan GrabFood sekali?
Ya, boleh!
Selepas akaun anda aktif, anda boleh aktifkan servis lain seperti GrabFood atau GrabExpress dalam aplikasi yang sama — cuma perlu lengkapkan dokumen tambahan jika diminta.
Apa akan jadi kalau dokumen saya ditolak?
Jangan risau. Anda akan terima notifikasi dalam aplikasi atau emel dengan sebab penolakan.
Anda hanya perlu muat naik semula dokumen yang betul atau lebih jelas, dan proses akan diteruskan seperti biasa.
Saya ada kerja tetap — boleh ke buat Grab part-time saja?
Sudah tentu boleh!
Ramai pemandu Grab hanya memandu pada waktu lapang — sama ada selepas waktu kerja atau hujung minggu.
Grab fleksibel, jadi anda boleh pandu bila-bila masa yang sesuai dengan jadual anda.
Adakah saya perlu jalani pemeriksaan kenderaan sebelum aktif?
Ya, dalam sesetengah kes Grab akan minta anda buat pemeriksaan kenderaan (inspection) di pusat yang diluluskan.
Tujuannya untuk pastikan kereta anda selamat, bersih dan dalam keadaan baik sebelum digunakan untuk membawa penumpang.
Pandu kereta anda sendiri dan mula menjana pendapatan dengan GrabCar. Sesuai untuk pemandu sepenuh masa atau sambilan.
Jana pendapatan dengan menghantar makanan mengikut masa anda sendiri. Hanya perlukan motosikal, lesen yang sah, dan telefon pintar
Bantuan pendaftaran lesen PSV untuk pemandu e-hailing. Proses mudah, dokumen dipandu, sokongan dari awal sehingga dapat lesen.